Suasana lengang di Ujana Kewangan Labuan (PKP)

Suasana lengang di kompleks Ujana Kewangan Labuan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan penularan wabak virus covid-19 selama 14 hari bermula dari 18hb mac sehingga 31hb mac 2020. Kebanyakkan premis perniagaan diarah tutup dan akan buka semula setelah perintah ini tamat. Aku berkesempatan berkongsi sedikit gambar pada hari kedua pelaksanaan.

Pada ketika ini cuma seorang sahaja wakil dari ketua rumah dibenarkan untuk keluar berurusan membeli bekalan keperluan dan makanan.








Kelihatan beberapa orang petugas Kompleks Ujana Kewangan sedang melakukan kerja-kerja membuat laluan utama untuk pengunjung. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja dibenarkan beroperasi pada masa ini.