Aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Labuan.
Pagi Sabtu yang membosankan di Pulau Labuan. Sudah lebih satu bulan aku tidak keluar dari Pulau ini menuju ke Tanah besar Sabah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebiasaannya aku akan keluar untuk balik ke kampung halaman sekiranya tidak ada tugas pada hujung minggu. Hari ini aku meluangkan masa meronda-ronda ditepi pantai Kg Sungai Labu, Labuan. Kebetulan pula terserempak dengan seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara tradisional dengan menggunakan pukat di tepian pantai. Ketika PKPB, aktiviti sebegini adalah dibenarkan oleh kerajaan. Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa gambar sepanjang aktiviti memukat tersebut dilakukan untuk dikongsikan dilaman blogku kali ini. Di kejauhan, kelihatan bot nelayan berwarna merah yang sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam suasana air laut yang tenang. Keadaan laut yang tenang memudahkan kerja-kerja memukat dipinggiran pantai dilakukan. Salah satu cabaran memukat di pin...