Posts

Showing posts from 2023

Labuan in Picture 2023

Image
Koleksi gambar-gambar di pulau Labuan yang sempat aku rakamkan untuk tahun 2023. Suasana matahari terbenam di kampung Rancha-Rancha Laut bersama Bagang. 15 Januari 2023. 'Moon Set' di menara masjid Sultan Muhammad v ketika matahari terbit. 8 Januari 2023. Suasana awal pagi di Anjung Ketam Kg Tanjung Aru bersama kelibat nelayan keluar mencari rezeki berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu di kejauhan. 9 Februari 2023. Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, di Brunei dapat dilihat dari bangunan tinggi di Labuan ketika cuaca cerah pada waktu pagi dengan jarak penglihatan yang baik. 8 Feb 2023. Suasana sekitar sambutan perayaan Thaipusam oleh penganut hindu di Pulau Labuan.5 Februari 2023. Suasana sekitar sambutan Chap Goh Mei yang disambut meriah oleh masyarakat cina di Labuan selepas dua tahun berada dalam Pandemik Covid-19. Chap Goh Mei disambut 15 hari selepas tahun baharu cina setiap tahun menandakan berakhirnya sambutan peray