Posts

Showing posts from 2026

Cahaya, Ilmu, dan Rendah Diri Dalam Fotografi

Image
Dalam dunia fotografi, kita sering terpesona dengan peralatan kamera berjenama, lensa mahal, dan aksesori yang kelihatan profesional. Namun, semakin lama kita mendalami bidang ini, semakin jelas satu hakikat fotografi bukan tentang apa yang kita pegang, tetapi bagaimana kita melihat. Imej ini, dengan cahaya rim yang halus menyentuh subjek, mengingatkan bahawa cahaya adalah “guru” terbesar dalam fotografi. Cahaya tidak memilih jenama kamera. Cahaya tidak peduli sama ada seseorang menggunakan peralatan kelas profesional atau hanya kamera asas. Yang penting adalah kepekaan mata dan kesediaan hati untuk belajar. Ramai fotografer baru memulakan perjalanan dengan semangat yang tinggi, itu sesuatu yang sangat baik. Namun, ada juga yang terlalu cepat berbangga dengan peralatan yang dimiliki. Hakikatnya, kamera hanyalah alat. Ia tidak mampu menggantikan kefahaman terhadap komposisi, kesabaran menunggu momen, dan keupayaan untuk membaca cahaya. Fotografi adalah proses yang panjang. Ianya memerlu...

Iskandar Syah Putra

Image
Sejak Iskandar Syah Putra dilahirkan, aku membiarkan rambutnya tumbuh tanpa pernah dipotong. Hari demi hari, rambut halus itu semakin panjang. Perlahan-lahan berubah, dari lembut seperti bayi… menjadi sebahagian daripada dirinya yang aku lihat setiap hari. Hari ini, aku cuma ambil sedikit masa. Aku capai kamera, dan aku rakam beberapa keping gambar. Bukan kerana ada acara besar. Bukan juga kerana sesuatu yang luar biasa. Cuma… kerana aku tak mahu lupa. Detik kecil seperti ini selalu terasa biasa ketika ia berlaku, tapi selalunya… itulah yang paling kita rindukan bila masa sudah berlalu. Aku tak pernah tergesa-gesa untuk memotongnya. Bukan kerana apa Tapi mungkin kerana aku mahu membiarkan masa itu berjalan sedikit lebih lama. Rambut panjang itu, bagi aku, bukan sekadar rupa. Ia adalah tanda masa yang sedang berlalu… tanpa kita sedar. Aku simpan gambar-gambar ini. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk dia, untuk Iskandar Syah Putra. Mungkin satu hari nanti, bila dia sudah besar, aku akan tunj...

Sukan Extreme Di Labuan

Image
Labuan sering digambarkan sebagai pulau kecil yang tenang, dikelilingi laut dan kehijauan alam. Namun, di sebalik imej itu, wujud generasi muda yang aktif, kreatif dan sentiasa mencari ruang untuk berkembang. Aksi BMX yang sesekali kelihatan di sudut-sudut tertentu pulau ini menjadi gambaran jelas bahawa belia Labuan mempunyai semangat dan bakat, tetapi kekurangan kemudahan yang sepatutnya menyokong potensi mereka. Sukan ekstrem seperti BMX, skateboard, parkour dan MTB bukan sekadar aktiviti hiburan. Ia menuntut disiplin tinggi, latihan berulang, kawalan diri dan pengurusan risiko. Apabila belia memilih laluan ini, mereka sebenarnya sedang membina karakter dan jati diri. Namun, tanpa fasiliti yang selamat dan terancang, usaha ini sering dijalankan dalam keadaan terhad dan tidak diiktiraf sepenuhnya. Pembinaan fasiliti sukan ekstrem yang sesuai bukan sekadar soal pembangunan fizikal, tetapi juga satu pelaburan sosial yang penting, menjadi ruang komuniti yang positif, tempat belia berku...