Posts

Showing posts from April, 2020

Portrait of Iskandar Dzulqarnain

Image
Untuk membuang rasa bosan berada di rumah semasa perintah kawalan pergerakan, aku meluangkan masa dengan anak-anak. Hari ini aku mencuba untuk mengambil gambar potret anak bongsuku Iskandar Dzulqarnain sambil menguji gadjet terpakai yang baharu aku beli dari Shashinki iaitu nikon d800 bersama lensa bajet 50mm f1.8d. Alhamdulillah, hasil dari kamera ini bagi aku adalah sangat memuaskan.

Covid-19, Stay home stay safe

Image
Hari ini perintah kawalan pergerakkan masih lagi dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Aktiviti fotografi terlalu terhad, tetapi bukanlah alasan untuk tidak menghasilkan gambar. Disepanjang masa ini, aku cuma mampu berkarya di dalam rumah dengan mengambil gambar dari tingkap dan tangga. Hari ini aku berkesempatan untuk mengambil sedikit gambar persediaan untuk kerja-kerja penyahkuman atau disinfeksi yang dilaksanakan oleh Bomba dan Penyelamat Malaysia di kawasan perumahan tempat aku tinggal.

Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2

Image
Hari ini masuk hari ke-2 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 dan merupakan giliran aku bertugas di Ujana Kewangan. Aku berkesempatan meninjau keadaan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan dan merasakan keadaan masih agak sunyi walaupun terdapat beberapa kedai makan dan restoran yang menjalankan perniagaan kerana pelanggan tidak dibenarkan makan dan minum didalamnya. Seperti yang disarankan oleh Kerajaan, mereka hanya dibenarkan untuk "take away" sahaja.