Posts

Showing posts with the label Gunung Kinabalu

Santai di Jeti Nelayan Labuan

Image
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari keempat Labuan beralih ke Fasa 4 PPN. Sangat bersyukur dengan kebebasan untuk keluar ke sana ke sini walau hanya di dalam pulau saja kerana pada masa ini cuma Labuan saja yang berstatus Fasa 4 PPN. Aku dan sahabat fotografi A Muqtadir dan Ramlen mengambil peluang untuk melepak sambil merehatkan minda dengan menikmati pemandangan indah pada waktu pagi di Jeti Nelayan kampung Tanjung Aru. Selesai solat subuh di rumah, kami berjanji untuk terus berjumpa di lokasi ini untuk sama-sama mengambil gambar panorama pagi di sini. Pada awalnya, suasana mendung menutupi Gunung Kinabalu yang kebiasaannya kelihatan dari sini sekiranya cuaca cerah dan jarak penglihatan persekitaran yang baik. Setiba aku di sini, kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk berseorang di jeti sambil menikmati pemandangan matahari terbit yang naik dari atas Banjaran Crocker di tanah besar Sabah. Muqtadir kelihatan sedang mencari sudut-sudut menarik untuk merakamkan suasana matahar...

Siri gambar Gunung Kinabalu dari Labuan

Image
Panorama indah Gunung Kinabalu yang menjadi Gunung tertinggi di Malaysia dapat dilihat jelas dari pesisir pantai bahagian timur pulau Labuan walaupun dalam jarak yang jauh terutama pada waktu awal pagi ketika cuaca baik. Ianya berpotensi menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat sendiri keindahan matahari terbit di Labuan.  Di sini aku kongsikan gambar - gambar Gunung Kinabalu yang aku rakamkan di sekitar Labuan pada masa dan suasana yang berbeza. Diantara gambar Gunung Kinabalu terawal yang pernah aku rakamkan dari kampung Tanjung Aru Labuan, 19 September 2010. Pemandangan Gunung Kinabalu yang megah ketika matahari terbit dilihat dari Perkampungan Nelayan di Pulau Labuan F.T Malaysia., 17 Mei 2020. Gambar ini pernah tersenarai di dalam Asian Geographic Images of Asia Monthly Competition September 2020 Winners and Finalists Pemandangan dari Taman IOFC Kerupang Apartment., 18 Mei 2020. Menikmati sambil merakamkan pemandangan indah Gunung Kinabalu di jambatan Tanjung Aru diawal pa...