Hari terakhir PKPD Labuan
Suasana petang dihari terakhir PKPD 5 Sub Zon WP Labuan yang sempat aku rakamkan dari tempat aku tinggal di Taman Perumahan Ganggarak Permai. Tidak banyak yang dapat aku kongsikan kali ini cuma sekadar untuk tatapan generasi yang akan datang. Suasana tempat letak kereta yang kelihatan hampir penuh ketika ini kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja dari rumah. Seorang pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan di sekitar taman perumahan. Penghantar makanan sedang memasuki kawasan perumahan untuk menghantar pesanan dari pemesan yang tinggal di kawasan ini. Seorang budak perempuan sedang melihat suasana di luar rumah dari tingkap rumahnya. Taman permainan yang kosong hanya kelihatan seekor anjing yang sedang melalui kawasan ini. Esok akan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1. Mungkin suasana berbeza sedikit, orang ramai akan mula keluar bertugas bagi sektor perkhidmatan perlu dengan kapasiti 60 peratus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan....