Merinding Trail Jalan Baru (MTB Park)
Aktiviti meneroka dan membuka laluan baharu di Merinding Trail, Labuan ni memang boleh dikatakan satu usaha yang padu dan wajar dipuji. Apa yang pada awalnya sekadar laluan hutan pendek kini sedang berkembang menjadi satu trail yang lebih mencabar, menarik dan mesra komuniti. Tujuan utama projek ini ialah untuk menambah jarak laluan serta memberi lebih variasi trek kepada pengguna trail sedia ada, terutamanya para hikers dan mountain bikers. Segalanya bermula sejak bulan Januari lepas, apabila sekumpulan individu yang berkongsi minat terhadap alam semula jadi dan aktiviti outdoor mula duduk berbincang, merancang dan meninjau kawasan. Dari sekadar idea dan perbualan santai, usaha ini berkembang menjadi satu gerakan kecil yang konsisten. Sehingga hari ini, mereka masih rancak turun padang hampir setiap hujung minggu demi merealisasikan impian tersebut. Aku sempat merakamkan usaha murni mereka yang sanggup berpanas, berpeluh dan bekerja keras membanting tulang. Bukan kerja mudah untuk mem...