Posts

Showing posts with the label Sports

Labuan Rugby 7s Invitational Friendly 2022

Image
Gambar sekitar Labuan Rugby 7s Invitational Friendly 2022 yang berlangsung di padang ragbi Perbadanan Labuan yang dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Labuan pada 27 Mac 2022.  

Aktiviti berbasikal di Labuan

Image
Petang hujung minggu. Plan mahu berehat saja di rumah. Tidak mahu sentuh kamera. Tapi..tangan tetap jua gatal mahu menggambar. so, jalan-jalanlah round labuan tengok2 apa yang menarik. Sampai lah masuk ke belakang Hub Halal. plan mau cari gambar orang memancing. Ternampak sekumpulan penunggang basikal sedang begambar2 dari jauh. Nampak sangat menarik dengan warna baju yang menyerlah ditambah dengan cuaca yang sangat mendung seakan-akan mahu hujan. sekejap2 ada lighting yg aku rasa sangat menarik. 1st curi2 gambar..hmm terasa pula mahu menggambar mereka ni. Aku pun minta izin. Thanks kerana sporting..sini ku kongsikan gambar ni untuk dijadikan kenangan.   Apa yang pasti pada masa ini aktiviti berbasikal menjadi trend kepada warga Labuan untuk kekal sihat dan cergas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiara Sunrise Beach Run

Image
' Tiara Sunrise Beach Run ' telah berlangsung di Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 februari 2020. Larian sejauh 10km dan 3km yang menarik seramai 321 orang pelari tempatan termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak. Acara larian adalah acara yang sering kali dianjurkan di pulau bebas cukai ini dan selalu mendapat tempat dihati para peserta yang meminati sukan sebegini. Ianya juga dapat menarik minat pelancong luar ke Labuan bagi merealisasikan tema pembangunan budaya sukan pelancongan sejajar dengan tahun melawat Malaysia 2020.

LABUAN 3 TRAIL 2019

Image
Perlumbaan sejauh 21km dan 5km yang diadakan pada 4 ogos 2019 bermula dari Palm Beach Resort dan menuju ke pantai Manikar, Pancur Hitam sebelum melalui beberapa laluan berbukit yang mencabar di Bukit Merinding, Bukit Minyak Gas, Bukit Kubong, Taman Burung, Chimney dan Palm Beach. Penyertaan seramai 505 peserta dari 9 buah negara. Negara luar yang turut mengambil bahagian ialah dari Brunei, Denmark, Afrika Selatan, United Kingdom, Thailand, India, Kanada, Belanda dan Venezuela. Event ini dianjurkan oleh JHK Event.