Si Mimi dan Kamera yang Hampir Berhabuk

Sudah lama sebenarnya aku x pegang kamera. Bukan sebab x minat lagi, cuma kerja, urusan harian, dan macam-macam komitmen buat hobi tu makin lama makin jauh. Kamera masih ada dalam beg, lens masih elok, tapi jarang betul keluar.

Hari ni entah kenapa, rasa mau pegang balik kamera. Bukan ada plan mau photoshoot di luar atau cari lokasi cantik. Sekadar mau test balik, masih ada lagi kah "feel" ambil gambar macam dulu-dulu.

Jadi model pertama aku hari ni, si Mimi.



Mimi ni anak kucing yang memang pandai bergaya. Kadang-kadang dia duduk diam macam tahu kamera sedang fokus dekat dia. Kadang-kadang pula dia bergerak sana sini sampai hampir putus asa mau dapat shot yang ngam. Lagi-lagi kawasan indoor dalam rumah ni yang memang lowlight, gerak sikit kaburlah gambar, sebab memang tiada speed light dalam kehidupan ku menggambar. hehehe.

Bila tengok balik hasil gambar dalam kamera, aku perasan satu benda. Mata Mimi memang susah nda jadi tumpuan. Besar, bulat, berwarna keemasan, ditambah lagi dengan bulu dia yang fluffy dan corak muka yang unik. Memang jenis subjek yang buat orang terus berhenti dan tengok lama sikit.



Sepanjang ambil gambar tadi, aku bukan saja cuba mengingat balik setting kamera atau mencari sudut terbaik. Aku rasa macam sedang menghidupkan semula satu hobi yang sudah lama berehat. Bunyi shutter, proses mencari fokus, dan rasa puas bila gambar menjadi, semua tu rupanya masih ada. Walaupun sekarang banyak kamera Handphone yang canggih, tapi masih belum boleh lawan kamera tua yang banyak berjasa.

Kadang-kadang kita fikir hobi yang lama ditinggalkan sudah hilang. Rupanya x juga. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk kita mula balik.

Petang ni, aku x perlu model profesional atau lokasi mahal. Cukup ada seekor anak kucing bernama Mimi dan sebuah kamera tua yang sudah lama tersimpan.



Dan sejujurnya, selepas sesi ringkas hari ni, aku rasa kamera ni mungkin akan lebih kerap keluar dari dalam beg mulai sekarang.

Terima kasih, Mimi. Aku tengah belajar balik, tapi model memang sudah pro dari awal lagi.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

EX5 Dream fi 110 Modified III

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Honda RS150R modified

EX5 Dream fi 110 Modified II

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN