Posts

Showing posts from February, 2021

Kayak pancing di Labuan

Image
Hujung minggu kali ini aku berkesempatan untuk merakamkan aktiviti memancing menggunakan kayak di Taman damai, pantai Layang - Layangan Labuan. Aktiviti memancing menggunakan kayak semakin mendapat minat ramai oleh kaki pancing di Labuan.  Bagi yang sukakan cabaran, mungkin aktiviti sebegini perlu dicuba. Kalau dahulu aktiviti memancing tertumpu di tepi pantai dan di tengah laut hanya menggunakan bot. Tetapi pada masa kini pemancing ada alternatif lain dengan memancing menggunakan kayak . Aspek keselamatan perlu dititikberatkan untuk melakukan aktiviti sebegini. Dari pemerhatian aku,  rata - rata kayak yang mereka gunakan dilengkapi dengan ciri - ciri keselamatan. Kayak pancing  memiliki rekaan yang lebar sedikit berbanding kayak biasa yang menjadikannya lebih stabil dan tidak mudah terbalik. Pemancing dilihat menggunakan jaket keselamatan dan walkie-talkie ketika hendak melakukan aktiviti ini secara berkumpulan. GPS dipasang untuk mengesan lokasi yang hendak di tuju. Ada sesetengah pe

Jeti Pelabuhan Labuan

Image
Labuan merupakan pelabuhan penting bagi industri perkapalan, minyak dan gas di Malaysia. Pelabuhan kontena di Labuan mempunyai potensi untuk menjadi hub pemindahan kapal bagi beras dan lain-lain komoditi negara berikutan lokasi yang strategik dan kedalaman air semula jadi. Ianya menjadi sumber ekonomi utama di Pulau ini.  Hari ini aku berkesempatan untuk meninjau suasana sibuk di jeti pelabuhan Labuan yang terletak di Kawasan bandar di sini. Sebuah Jentera pengangkut sedang memasuki kawasan jeti pelabuhan untuk mengangkut keluar kontena-kontena yang baru sampai. Kapal dagang MTT Pulau Pinang yang baru sampai dan merupakan pelayaran terakhirnya ke pulau Labuan. Seorang pekerja kontena sedang menyusun atur kren bagi pemindahan kontena - kontena dari kapal ke jentera pengangkut. Suasana sibuk di jeti pelabuhan. Kelihatan beberapa orang pekerja menyusun atur kontena - kontena. Kontena-kontena diangkat menggunakan kren bagi kerja-kerja pemindahan. Kontena - kontena dipindahkan ke jentera pe