Posts

Showing posts from October, 2021

Balik Kampung Fasa 4 PPN

Image
Setelah lebih kurang tujuh bulan aku tidak pulang ke kampung halaman kerana halangan merentas negeri disebabkan oleh pandemik. Alhamdulillah, akhirnya aku berkesempatan untuk pulang bertemu kedua orang tua yang sangat aku rindui. Aku kongsikan sedikit gambar perjalanan balik ke kampung halaman untuk kenangan. Terasa seperti balik berhari raya. Pemeriksaan tiket oleh petugas feri untuk kenderaan yang hendak masuk ke dalam feri. Petugas feri dilihat sedang bertugas menyusun kenderaan yang sedang masuk di dalam feri. Kelihatan dua orang pekerja sedang menarik tali sauh feri yang akan memulakan pelayaran. Feri Galaxy merupakan salah satu feri penumpang dan kenderaan yang menjadi pengangkutan penting menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah.   Feri yang aku naiki tidak penuh, mungkin kerana masih awal dan  ramai yang memilih pelayaran jam 5.30 ptg. Aku berkesempatan meninjau sendiri kawasan 'Deck Captain'. Melihat mereka melakukan kerja-kerja rutin ketika pelayaran. Kapte