Posts

Showing posts from September, 2019

Pulau Rusukan Besar W.P Labuan

Image
Setelah seminggu penat bekerja, kali ini aku berpeluang berhujung minggu di pulau Rusukan Besar. Terima kasih kepada Teo Ming Woei dan Mr. Lee kerana memberi peluang aku untuk datang ke sini. Pulau ini terletak di dalam kawasan Taman Laut Labuan bersama dengan pulau Kuraman dan pulau Rusukan Kecil. Perjalanan ke sana melalui jeti Marina mengambil masa selama 40 - 60 minit bergantung dengan kelajuan bot dan keadaan cuaca pada masa itu. Pulau ini sudah banyak perubahan jika dibandingkan 4 tahun sebelumnya, pada masa itu aku aktif di pulau ini dengan aktiviti-aktiviti laut yang dianjurkan oleh jabatan Taman Laut Malaysia Labuan. Terdapat tempat penginapan chalet yang  unik diusahakan oleh Mr. Lee. Ia juga menyediakan tapak perkhemahan yang mempunyai kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas dan tempat makan.  Surau juga tersedia di sini untuk pengunjung muslim. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti selam scuba, snorkeling dan macam-macam lagi.