Posts

Showing posts with the label NATURE

Kembara Kapcai EX5 ke Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah

Image
Syukur Alhamdulillah rancangan untuk berkonvoi dari W.P Labuan ke Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah menggunakan motorsikal kapcai menjadi kenyataan. Seramai 16 orang menyertai program yang tidak rasmi ini. Program ini telah dirancang sebulan sebelum perjalanan dibuat. Perjalanan sejauh 460km pergi dan balik berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kami disajikan pemandangan indah semasa dalam perjalanan pergi dan balik ke sana.          Polumpung Melangkap adalah salah satu destinasi menarik yang sangat cantik yang mempunyai sungai berbatu yang indah berlatarbelakangkan gunung Kinabalu. Air yang mengalir deras sangat bersih dan nyaman. Tempat ini sesuai untuk mereka yang suka aktiviti perkhemahan yang menjanjikan ketenangan.   Berkumpul di Menumbok Sabah sebelum memulakan perjalanan Berhenti rehat di jambatan Kuala Penyu Singgah mengisi minyak di Petronas Bongawan. Singgah bergambar di ...

Ekspedisi ke Air Terjun Sirung Sumandak

Image
Ekspedisi berbasikal LCG (Labuan Cyclist Group) ke Air Terjun Sirung Sumandak Bongawan, Papar, Sabah pada 25 December 2016. Perjalanan pergi balik sejauh 31km melalui jalan berturap dan tidak berturap. Perjalanan bermula pada jam 7.30 pagi dari pekan Bongawan kira-kira sejauh 16km melalui jalan ulu Bongawan ke Sumbiling yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.Terpaksa berjalan kaki memanjat bukit sejauh 2KM melalui jalan sungai yang berbatu untuk sampai ke destinasi mandi-manda.Bongawan Cycling Club menjadi pentunjuk arah di dalam Ekspedisi ini. Perjalanan balik melalui bukit baduk-baduk yang mencabar dengan keadaan jalan tanah liat yang basah, licin dan berbukit menjadikan lagi ekspedisi ini lebih bermakna. Labuan Cyclist Group Ijoi tersenyum riang Labuan Cyclist Group Sebahagian ahli Bongawan Cycling Club sedang bersarapan di kedai Boni Joyo Ahmad Ahim sedang memeriksa basikal sebelum memulakan perjalanan Sesi bergambar team dari L...