Cahaya, Ilmu, dan Rendah Diri Dalam Fotografi
Dalam dunia fotografi, kita sering terpesona dengan peralatan kamera berjenama, lensa mahal, dan aksesori yang kelihatan profesional. Namun, semakin lama kita mendalami bidang ini, semakin jelas satu hakikat fotografi bukan tentang apa yang kita pegang, tetapi bagaimana kita melihat. Imej ini, dengan cahaya rim yang halus menyentuh subjek, mengingatkan bahawa cahaya adalah “guru” terbesar dalam fotografi. Cahaya tidak memilih jenama kamera. Cahaya tidak peduli sama ada seseorang menggunakan peralatan kelas profesional atau hanya kamera asas. Yang penting adalah kepekaan mata dan kesediaan hati untuk belajar. Ramai fotografer baru memulakan perjalanan dengan semangat yang tinggi, itu sesuatu yang sangat baik. Namun, ada juga yang terlalu cepat berbangga dengan peralatan yang dimiliki. Hakikatnya, kamera hanyalah alat. Ia tidak mampu menggantikan kefahaman terhadap komposisi, kesabaran menunggu momen, dan keupayaan untuk membaca cahaya. Fotografi adalah proses yang panjang. Ianya memerlu...