Honda EX5 lampu petak (Labuan)
Honda EX5 lampu petak sememangnya salah satu motosikal kapcai yang sangat diminati dan mampu milik kerana harganya yang murah. Di samping itu, ia mempunyai enjin yang sangat tahan lasak dan penggunaan petrol yang sangat jimat. Bagi aku, motosikal ini sesuai bagi semua lapisan masyarakat. Tidak kira tua, muda, gemuk, kurus, tinggi atau rendah, semuanya nampak tidak ganjil sekiranya menggunakan motosikal ini. Malangnya, tiada lagi keluaran untuk model ini di pasaran. Itu yang membuatkan aku me restore satu bangkai motosikal sehingga menjadi lengkap seperti yang aku ceritakan di entry yang lepas. Hari ini di W.P Labuan, aku dan sebahagian rakan-rakan yang meminati motosikal ini sempat meronda-ronda di jalan Labuan yang sememangnya indah dan menarik. Aku sempat membuat sedikit photoshoot untuk motosikal-motosikal yang dimiliki oleh aku dan mereka untuk dijadikan kenangan. Basir, salah seorang sahabat aku dan juga seorang mekanik motosikal, yang telah membaik pulih motosikal EX...