Posts

Showing posts from 2020

EX5 Dream Lampu Petak Standard Modified (Labuan)

Image
Di Entry yang lalu, aku ada menceritakan sedikit tentang projek restore EX5 Dream Petak ini. Setelah siap di restore , aku mendapati ada sedikit kekurangan kepada kuasa enjin motosikal ini walaupun sudah menggunakan blok 53 dari jenama UMA Racing, high camshaft dan dan mengubah sedikit di bahagian enjin menggunakan  alat ganti dari enjin motosikal EX5 Class 1.  Bukanlah kelajuan yang aku cari, cuma untuk mendapatkan respon enjin yang baik ketika motosikal hendak memulakan perjalanan. Aku mendapat cadangan dari seorang sahabat sepejabatku Rafizam untuk membuat degree Wheel di RK Motorsport Labuan. Degree wheel dilakukan untuk mendapatkan ketepatan bacaan bagi pembakaran yang sempurna sekiranya ada pengubahsuaian kepada enjin standard seperti pengubahsuaian pada camshaft.   Di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar proses tersebut. Sahabatku Khairul akan melakukan proses degree wheel ini. Persediaan untuk melakukan degree wheel. Timing gear biasa perlu diubah menggunakan adjustabl

Labuan Pulau yang Bersih

Image
Hari ini hampir lebih 20 tahun aku berhijrah dan bermastautin di pulau Labuan ini untuk mencari rezeki. Labuan mempunyai lanskap persekitaran yang indah dan mendamaikan, ditambah lagi dengan pemandangan menarik ketika matahari terbit dan terbenam di tepian pantai kerana pulau Labuan di kelilingi oleh laut.  Boleh dikatakan pulau Labuan ini sangat bersih. Dari mula-mula sampai di sini aku selalu memerhatikan kebersihan di setiap pelusuk pulau ini. Jarang sekali aku jumpa sampah berselerak di tepi jalan rayanya.  Kali ini, aku ingin kongsikan sedikit coretan kenapa PULAU LABUAN BERSIH . Jalan raya kampung Merinding yang indah dan bersih diapit oleh pokok-pokok samanea saman yang rimbun. Setiap hari dapat dilihat pekerja-pekerja pembersihan akan melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang jalan-jalan yang terdapat di Pulau Labuan ini. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula pada 18 mac lalu sehingga kini bagi membendung penularan wabak Covid19, petugas-petugas pem

Aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Labuan.

Image
Pagi Sabtu yang membosankan di Pulau Labuan. Sudah lebih satu bulan aku tidak keluar dari Pulau ini menuju ke Tanah besar Sabah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebiasaannya aku akan keluar  untuk balik ke kampung halaman sekiranya tidak ada tugas pada hujung minggu. Hari ini aku meluangkan masa meronda-ronda ditepi pantai Kg Sungai Labu, Labuan. Kebetulan pula terserempak dengan seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara tradisional dengan menggunakan pukat di tepian pantai. Ketika PKPB, aktiviti sebegini adalah dibenarkan oleh kerajaan. Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa gambar sepanjang aktiviti memukat tersebut dilakukan untuk dikongsikan dilaman blogku kali ini. Di kejauhan, kelihatan bot nelayan berwarna merah yang sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam suasana air laut yang tenang.  Keadaan laut yang tenang memudahkan kerja-kerja memukat dipinggiran pantai dilakukan. Salah satu cabaran memukat di pinggir pant

Honda EX5 lampu petak (Labuan)

Image
  Honda EX5 lampu petak sememangnya salah satu motosikal kapcai yang sangat diminati dan mampu milik kerana harganya yang murah disamping itu ianya mempunyai enjin yang sangat tahan lasak dan penggunaan petrol yang sangat jimat. Bagi aku, motosikal ini sesuai bagi semua lapisan masyarakat. Tidak kira  tua, muda, gemuk, kurus, tinggi dan rendah semuanya nampak tidak ganjil sekiranya menggunakan motosikal ini. Malangnya tiada lagi keluaran untuk model ini di pasaran. Itu yang membuatkan aku me restore satu bangkai motosikal sehingga menjadi lengkap seperti yang aku ceritakan di entry yang lepas. Hari ini di W.P Labuan, aku dan sebahagian rakan-rakan yang meminati motosikal ini sempat meronda-ronda di jalan Labuan yang sememangnya indah dan menarik. Aku sempat membuat sedikit photoshoot untuk motosikal-motosikal yang dimiliki oleh aku dan mereka untuk dijadikan kenangan. Basir salah seorang sahabat aku dan juga seorang mekanik motosikal yang telah membaikpulih motosikal EX5 aku sedang m