Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

Setelah selesai melaksanakan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia di kampung halamanku Bongawan Sabah. Aku pulang ke Labuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang mencari rezeki di perantauan. Hari ini keluar pula arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani saringan saluran penafasan dan akan dikuarantin di rumah masing-masing bagi membendung wabak Pandemik Covid-19. Di sini aku kongsikan sedikit pengalaman aku ketika kembali ke Labuan dengan menggunakan feri kenderaan.


Seorang doktor dari Labuan memberi penerangan kepada salah seorang penumpang feri kenderaan dari Sabah tentang procedure untuk masuk ke Labuan.


Petugas-petugas KKM memberikan borang annex 14 kepada penumpang feri kenderaan untuk di isi awal bagi mengelakkan kesesakan di terminal feri Labuan.





Penumpang feri diminta untuk mengimbas kod QR bagi mengisi borang mysejahtera yang telah disediakan oleh KKM


Seorang lelaki dilihat sedang mengisi borang Annex14. Dijari telunjuknya kelihatan masih ada dakwat hitam kekal yang menandakan sebagai pengundi ketika pilihan raya negeri Sabah pada hari sebelumnya.


Petugas KKM memasang gelang kuarantin Covid-19 kepada salah seorang penumpang feri.


Petugas-petugas barisan hadapan bersiap sedia menanti kehadiran kami.





Petugas Imigresen memberi penerangan kepada salah seorang penumpang feri.


Berbaris menunggu giliran untuk menjalani saringan saluran penafasan sebelum dibenarkan balik meneruskan kuarantin di rumah masing-masing.


Seorang wanita dilihat sedang mengisi borang yang disediakan oleh KKM di kawasan terminal feri dan disebelah tangannya terdapat satu gelang kuarantin Covid-19 menandakan yang dia akan menjalani kuarantin wajib bagi membendung penularan Pandemik Covid-19.



Suasana di terminal feri kenderaan yang kelihatan sibuk dengan kemasukkan individu yang kembali dari Sabah untuk menjalani saringan saluran penafasan sebelum dibenarkan masuk ke Labuan.




Petugas KKM ini dilihat kerap menggunakan Hand Sanitizer  bagi mengelakkan jangkitan pandemik Covid-19


Petugas KKM kelihatan sibuk ketika dikerumuni oleh orang ramai yang hendak menjalani saringan Covid-19.



Setelah selesai menjalani ujian saluran penafasan barulah semua orang dibenarkan balik untuk meneruskan kuarantin di rumah masing-masing. Berlainan pula dengan aku dan ada sebahagian kecil yang lain. Setelah hampir 3 jam berdiri menunggu giliran di sini kami di suruh balik dan akan menjalani ujian saluran penafasan pada esok hari di klinik Kesihatan Membedai kerana mungkin tempat ini terlalu padat.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. 


Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

EX5 Dream fi 110 Modified III

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

LED Skrin besar di Dataran Labuan

Honda RS150R modified