Starlink di pulau Labuan

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.


Hari ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai percubaan  network Starlink di Pulau Labuan di tempat aku bekerja. Starlink merupakan perkhidmatan internet satelit yang dijalankan oleh SpaceX, syarikat milik Elon Musk dengan menggunakan beribu-ribu satelit yang mengorbit Bumi. 

  Peralatan dan pemasangannya yang sangat ringkas dan mudah, semuanya 'plug & play' saja. Peralatan boleh dibeli terus dari laman web Starlink dengan harga RM2400 termasuk penghantaran, langganan internetnya pula RM220 sebulan tanpa kontrak. 

Unboxing Starlink yang baru diterima dari Space X.
Router

Starlink

Untuk percubaan pemasangan aku bersama rakan sekerja mencari tempat lapang, memandangkan kawasan tempat aku bekerja  banyak halangan seperti bangunan-bangunan tinggi yang menghalang untuk mendapatkan signal dari Space X Satelite. 

Aku memilih Roof Top sebagai kawasan percubaan. Boleh gunakan apps yang disediakan untuk menguji kawasan yang hendak dipilih samada sesuai atau pun tidak.


'Roof Top' di atas salah sebuah bangunan tinggi di pulau Labuan. Keadaan cuaca ketika ini agak berangin dan berawan. Pemasangan mengambil masa tidak sampai 5 minit. Perlu di ingat, tempat pemasangan Starlink hendaklah di kawasan lapang yang tiada halangan seperti pokok, bangunan dan yang sewaktu dengannya. Walaupun dalam cuaca yang kurang baik network starlink kelihatan mampu mencapai kelajuan sehingga 200mbps. Di bawah ini aku sertakan ujian yang dijalankan.






Kesimpulannya, Starlink boleh digunakan sebagai alternatif untuk 'backup network' di Pulau Labuan.Walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik, ianya masih boleh beroperasi dengan baik. Nanti boleh lah dicuba pakai untuk ke kawasan lain memandangkan 'setup' nya yang ringkas dan mudah untuk dipasang. Sekian dulu cerita hari ni. Lain hari jumpa lagi..yeah..


Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

EX5 Dream fi 110 Modified III

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

LED Skrin besar di Dataran Labuan

Honda RS150R modified