Kembara Merdeka ke Sekolah Kebangsaan Saliku.


Kembara Merdeka 2016 ke SK Saliku, Kg Saliku daerah kecil Pagalungan Nabawan-Pensiangan Sabah.Kami Bertolak dari Labuan 26 August, 5.30 petang menggunakan feri kenderaan ke Menumbok Sabah. Sebanyak lapan buah kenderaan mengikuti kembara ini. Perjalanan ini mengambil masa selama kira-kira 14 jam melalui jalan berturap dan tidak berturap sejauh kira-kira 321km.

Land Rover yang digunakan oleh Mr Lim.


Kami singgah di Masjid pekan Menumbok Sabah untuk menunaikan Solat Isyak sebelum memulakan perjalanan yang panjang.

Stesen minyak Petronas Bongawan







Perjalanan berbukit melalui jalan Kimanis - Keningau

Lim melakukan pemeriksaan enjin sebelum meneruskan perjalanan.

Kami singgah minum di daerah Keningau Sabah

Pemeriksaan angin tayar sebelum memasuki jalan offroad ke SK Saliku

Jalan tanah liat yang licin dan merbahaya selepas hujan.






Perjalanan malam yang sangat mencabar memerlukan teknik yang baik dalam pengendalian kereta di jalan offroad.



Solat Subuh di pertengahan jalan 17 kilometer sebelum sampai 
di SK Saliku

Sebahagian peserta Kembara Merdeka bergambar kenang-kenangan di pertengahan jalan.





Datuk Ahmad Hizzad sedang merentasi sungai Saliku menggunakan jentera 
Mitsubishi Pajero Sport miliknya. 


Cikgu Azhar sebagai penunjuk arah sedang memeriksa keadaan sungai
yang menjadi laluan kenderaan untuk memasuki kawasan SK Saliku.
 

Kenderaan tidak dapat melepasi sungai pada ketika ini kerana paras air tinggi dan arus sungai yang kuat.


Jambatan gantung ini adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan SK Saliku dengan jalan keluar ketika air sungai berada pada paras tinggi


Peserta kembara terpaksa berjalan kaki memasuki kawasan SK Saliku



Sebahagian murid SK Saliku. Bilangan murid di sekolah ini seramai 70 orang

Guru Besar Sk Saliku Cikgu Aping sedang memberi taklimat kepada murid-muridnya di dalam perhimpunan

Populasi penduduk kampung Saliku seramai 300 orang dan berbangsa murut

Satelit Maxis adalah alat penghubung utama bagi sekolah ini memandangkan tiada sebarang liputan Telco lain di kawasan ini.

Peserta kembara sedang asyik mendengar sedikit sebanyak cerita tentang
Kg Saliku oleh ketua kampungnya

Tukang masak SK Saliku yang menyediakan makanan untuk rombongan kami.

Ubi mentega adalah salah satu makanan penting bagi penduduk di sini

Ikan Patin segar masak Halia yang disediakan khas untuk kami.

Jamuan sarapan pagi yang di sediakan oleh penduduk kampung di sini

Solar Hibrid menjadi sumber tenaga elektrik untuk kawasan Sekolah ini

Daging Payau


Salah seorang tenaga pengajar di SK Saliku. Bilangan guru yang
berkhidmat di sini seramai 15 orang

Peserta kembara mula merentasi sungai yang menjadi pemisah Sekolah
Kebangsaan Saliku dengan jalan keluar pada waktu petang.
ketika ini air sudah surut.




Pemandangan kawasan Sekolah Kebangsaan Saliku

Lim sebagai pemandu Land Rover Defender sedang merentasi sungai Saliku



Padang Sekolah SK Saliku

Surau SK Saliku yang sedang dalam proses pembinaan



Cikgu Azhar sedang menunjukkan arah laluan untuk kenderaan melepasi 
sungai ini
















Perlawanan persahabatan bola tampar diantara penduduk Kg Saliku dan peserta kembara


Setelah penyerahan bantuan dan semuanya selesai pada hari yang sama juga kami bergerak balik meninggalkan SK Saliku. Terlalu singkat masa yang ada. Insya Allah jika ada kesempatan aku akan kembali ke sini.

Popular posts from this blog

Yamaha LC 135 v1 Modified

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kg Tanjung Aru Labuan

EX5 Dream fi 110 Modified III

Honda RS150R guna RIM Y15ZR V2?.. YSUKU?

EX5 Dream Fi 110 Modified

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Restorasi Honda EX5 Dream

Gelang Kuarantin COVID-19 Hadiah PRN

LED Skrin besar di Dataran Labuan

Honda RS150R modified