Posts

Ekspedisi kapcai Honda EX5 dari Labuan ke Tawau melalui jalan Kalabakan

Image
Ekspedisi bermotorsikal dari Labuan Ke Tawau Sabah dengan jarak ulang-alik sejauh 1000 kilometer menggunakan motorsikal Honda EX5 pada april 2019. Kos petrol cuma RM50 sahaja. Kami disajikan pemandangan indah berbukit-bukau yang menghijau melalui jalan kalabakan. Perjalanan yang santai dan berhenti di beberapa persinggahan untuk ziarah dan ibadah. Bergambar sebelum menaiki bukit kimanis Perjalanan menuju ke Tawau melalui jalan Keningau - Kalabakan yang mendamaikan. Singgah solat jumaat di masjid felda Kalabakan Rehat sebentar 81km sebelum sampai ke Tawau Berhenti di bulatan Kalabakan untuk berehat makan. Kami sempat bergambar kenangan-kenangan sebelum meneruskan perjalanan. Ada sudah bau-bauan Tawau. Selamat sampai di Homestay yang terletak berdekatan dengan bandar Tawau yang kami sewa Rm200 semalam. Sahabat-Sahabat kelihatan riang setelah sampai di sini. Seharian melalui jalan yang sangat memenatkan. Masjid Alkautsar T...