Warisan Islam di Kota Beijing

Beijing , kota yang terkenal dengan tembok besarnya dan sejarah dinasti yang panjang, menyimpan satu permata tersembunyi yang sangat istimewa. Niujie Street , terletak di Daerah Xicheng, kawasan ini merupakan pusat komuniti Muslim Hui terbesar di ibu kota China. Lawatan aku ke sini bukan sekadar perjalanan biasa, tetapi satu pengalaman budaya dan rohani yang mendalam. Langkah pertama aku membawa aku ke Masjid Niujie, masjid tertua di Beijing yang dibina sejak tahun 996 M. Seni binanya memukau dengan gabungan gaya tradisional Cina dengan elemen Islam yang unik. Ukiran kayu yang rumit, atap melengkung, dan suasana tenang menjadikan masjid ini tempat yang sangat istimewa. Tapi malangnya ketika ini masjid ini tidak dapat dilawati kerana dalam proses penambahbaikan. Aku hanya mampu mengambil gambar dari luar untuk dikongsikan. Niujie Street juga terkenal sebagai syurga makanan halal. Deretan restoran dan gerai yang memenuhi sebahagian jalan di sini menawarkan pelbagai hidangan yang memika...